KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengesahkan pihak UMNO negeri telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
Bung Moktar, yang mempertahankan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan selepas menang tanpa bertanding, berkata insiden kekecohan itu antara lain melibatkan pengurusan proses pengundian dan ahli tidak layak mengundi dalam pemilihan parti pada mesyuarat berkenaan.
Tanpa merujuk kepada mana-mana bahagian UMNO, beliau juga meminta bahagian UMNO yang terlibat dengan sebarang insiden tidak diingini pada mesyuarat itu supaya membuat laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat untuk tindakan lanjut.
"Pihak mereka (Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat) akan meneliti setiap aduan dikemukakan dan akan menyiasat, sekiranya berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan mesyuarat tidak mustahil persidangan akan dibuat semula," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Antara kekecohan yang menarik perhatian ramai pada Sabtu lepas ialah Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu yang dicemari oleh insiden pergaduhan dipercayai akibat provokasi sehingga menyebabkan dua individu cedera.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad dilaporkan berkata dalam insiden pada 2.45 petang itu, seorang daripada mangsa yang cedera adalah kakitangan Badan Perhubungan UMNO Sabah manakala seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu.
Dalam pada itu, Bung Moktar juga meminta ahli UMNO selepas pemilihan kali ini agar memberikan keutamaan untuk mengembalikan semula perpaduan dalam parti, dan saling memaafkan antara satu sama lain dalam usaha memperkasakan kembali parti itu.
Beliau melihat pemilihan UMNO yang berlangsung serentak di seluruh negara pada Sabtu lalu sebagai "kemeriahan demokrasi" apabila ramai yang menawarkan diri bertanding walaupun parti itu dikatakan mengalami kemalapan.
"Kemeriahan itu membuktikan UMNO masih relevan walaupun tanggapan setengah pihak khususnya UMNO di Sabah akan terkubur berikutan tindakan beberapa ahli parti itu keluar meninggalkan UMNO dan menyertai parti lain," katanya.
Sementara itu, Bung Moktar menyifatkan pemilihannya selaku Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO 2023-2026 sebagai satu kepercayaan dan amanah diberikan perwakilan terutama di peringkat akar umbi parti yang perlu dipikul serta dilaksana sebaiknya bagi memastikan perjuangan UMNO kekal demi rakyat.
"Jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan amanah bagi membantu dan memimpin parti bersama-sama Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Ahli Majlis Tertinggi (MT)," katanya.
Bung Moktar yang memperoleh 160 undi, juga kelima tertinggi dalam calon Ahli MT, merupakan antara yang terpilih ke jawatan berkenaan berdasarkan keputusan rasmi dikongsikan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di laman Twitternya semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Bung Moktar juga meminta ahli UMNO selepas pemilihan kali ini agar memberikan keutamaan untuk mengembalikan semula perpaduan dalam parti, dan saling memaafkan antara satu sama lain dalam usaha memperkasakan kembali parti itu. - Foto fail
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.
Pemilihan UMNO: Sik sengit, ketua bahagian hanya menang satu undi
Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 di negeri Kedah menyaksikan Sik menjadi bahagian paling sengit apabila jawatan Ketua Bahagian dimenangi dengan majoriti satu undi sahaja.